Fuqaha Syafiiah menggunakan istilah-istilah yang khusus di dalam mazhab, diperjelaskan takrif bagi istilah-istilah tersebut kerana bercambahnya makna supaya kita dapat mengetahui perkara yang dikehendaki para salaf (Rujukan: Minhaj Lin Nawawi, Majmuk, Minhaj Wal Mahalli, Fawaidul Makkiah lil Saqaf. Iaitu:
1. Aqwal (kata-kata): Ianya adalah kata-kata Imam Syafie R.A. Yang dimaksudkan dengan qaulain (dua kata-kata) ialah merujuk kepada dua kata-kata di dalam qadim dan dua kata-kata di dalam jadid. Yang dimaksudkan dengan dua kata-kata ialah dua pandangan dalam waktu yang berbeza. Kadang-kadang Imam Syafie berpandangan dengan kedua-duanya pada satu masa, terkadang berlainan, kadang-kadang beliau mentarjihkan (menyimpulkan) salah satu dari keduanya, kadang-kadang tidak ditarjihkannya.
2. Aujah: Merupakan pendapat-pendapat bagi ulama Syafie yang menyandarkan kepada mazhab-mazhabnya. Mereka mengeluarkan pendapat berdasarkan asas yang diletakkan. Mereka mengistinbat daripada kaedah yang ditetapkan. Sebahagian mereka berijtihad sekiranya tidak mendapati di dalam asas yang diletakkan. Tidak dikatakan pendapat ulama syafie sebagai ‘satu wajah di dalam mazhab’ kecuali apabila mereka berpegang dengan kaedah yang ditetapkan oleh Imam Syafie.
Kadang-kadang ianya menjadi dua wajah bagi dua orang atau seorang. Sekiranya bagi seseorang ianya terbahagi kepada dua kata-kata. Sekiranya pendapat-pendapat itu sebagai memberi penjelasan berdasarkan kaedah asal yang tidak diletakkan oleh Imam Syafie maka ianya tidak dinamakan dengan wajah di dalam mazhab. Ianya menjadi perkara yang terkeluar dan disandarkan kepada ulama tersebut, bukan kepada mazhab.
3. Turuq: Merupakan khilaf mazhab di dalam menceritakan pandangan Imam Syafie. Sebahagian dari mereka berpendapat: di dalam masalah ini mempunyai dua Qaul, atau dua Wajah. Sebahagian yang lain pula berpendapat: tidak harus kecuali satu Qaul atau satu wajah. Sebahagian pula berpendapat: pada masalah ini perlu kepada perincian. Pendapat yang lain pula: ini merupakan khilaf mutlak.
4. Azdhar: Ialah pendapat yang paling rajih (kuat) di antara aqwal Imam Syafie. Apabila khilaf di antara kedua-duanya kuat, iaitu setiap daripada kedua-dua qaul tersebut berpegang dengan dalil yang sama kuat, ditarjihkan salah satu daripada yang lain, maka yang rajih itu dari aqwal Imam Syafie dinamakan dengan azdhar. Qaul yang berlawanan dengannya (yang tidak dirajihkan/daif) dinamakan dengan marjuh. Selalunya, pendapat marjuh digunakan dengan lafaz: dan pada satu qaul demikian.
5. Masyhur: Pendapat yang rajih daripada aqwal Imam Syafie, apabila khilaf di antara aqwal tersebut daif (lemah), maka yang rajih dari aqwal Imam Syafie di antara aqwal tersebut dinamakan dengan masyhur. Qaul yang berlawanan dengannya (yang tidak dirajihkan/daif) dinamakan dengan marjuh. Selalunya, pendapat marjuh digunakan dengan lafaz: dan pada satu qaul demikian.
6. Ashab: ialah para ulama-ulama syafiiah yang menyandarkan kajian analisis mereka kepada mazhab syafie, mengeluarkan pandangan berdasarkan asas-asas usul fiqh mazhab, mengistinbat hukum hakam berdasarkan kaedah yang ditetapkan serta berijtihad sebahagian dari mereka sekiranya tidak dapat mengambil dari asalnya samada mereka dari kalangan anak murid Imam Syafie yang sezaman dengannya, atau mereka yang tidak sezaman dengannya sehingga ke hari ini. Mereka ini digelar dengan Ashabul Wujuh (ulama yang mempunyai kata-kata Imam Syafie) seperti Muzanni, Qaffal, Abi Hamid dan lain-lain.
7. Al-Asah: Hukum-hukum fiqh yang rajih di dalam mazhab Syafie di antara pandangan para ulama mazhab, sekiranya khilaf di antara pandangan-pandangan tersebut kuat, maka pandangan yang rajih itulah yang dinamakan Asah. Manakala pandangan yang tidak dirajihkan atau berlawanan digunakan dengan lafaz: pada yang kedua demikian.
8. Sahih: Satu pendapat yang rajih dari kalangan ulama syafie sekiranya khilaf di antara pendapat-pendapat tersebut adalah daif. Maka pendapat yang muktamad dinamakan dengan sahih. Sebahagian mentarjihkan dari sudut yang berbeza, maka yang berlawanan atau yang lemah daripadanya dinamakan sudut lain. dinamakan penpadat yang marjuh ini: pada satu wajah demikian.
9. Nas: Kata-kata yang dinaskan di dalam kitab-kitab Imam Syafie. Dinamakan dengan nas kerana ianya adalah kadar yang marfu’ dinaskan sendiri oleh Imam, atau kata-katanya marfu’ kepada Imam Syafie. Contohnya: aku menaskan hadis kepada fulan iaitu diangkat hadis itu.
10. Mazhab: Pendapat yang rajih ketika khilaf di kalangan ulama-ulama syafie di dalam menghikayatkan mazhab dengan sebutan mereka samada satu jalan atau banyak.
11. Takhrij: Sesuatu yang dijawab oleh Imam Syafie dengan dua hukum yang berbeza dengan gambaran yang serupa, tidak jelas perbezaan di antara kedua-duanya. Lalu, para ulama syafie menjawabnya dalam bentuk gambaran yang lain, maka menghasilkan pada setiap gambaran daripada kedua-duanya dua qaul: mansus dan mukharraj. Mansus pada yang pertama, mukharraj pada yang kedua atau mansus pada yang kedua, mukharraj pada yang pertama. Contoh: pada masalah ini mempunyai dua qaul: mansus dan mukharraj, serta dinamakan juga: pada kedua-duanya dua qaul dengan naqal dan takhrij.
12. Jadid: Fatwa Imam Syafie di Mesir, yang meriwayatkannya: Buwaiti, Muzanni, Rabi’ Al-Muradi, harmalah dan lain-lain. Di antara kitab-kitab di dalam mazhab jadid ialah:Umm, Imlak, Mukhtasar Buwaiti, Mukhtasar Muzanni.
13. Qadim: Fatwa Imam Syafie di Iraq berpandukan kitab Hujjah yang dikarang oleh beliau sendiri, yang meriwayatkannya: Imam Ahmad ibn Hanbal, Za’farani, Karabisi, Abu Thur.
Pada setiap masalah yang padanya dua pendapat Imam Syafie ialah qadim dan jadid. maka pandangan jadid adalah pandangan yang sahih dan rajih serta muktamad untuk diamalkan. Para ulama mengecualikan lebih kurang 20 masalah yang difatwakan menurut mazhab qadim. Rujukan: Majmuk Lin Nawawi & Asybah Wan Nazair.
14. Siqah Tad’if: beberapa istilah-istilah yang menunjukkan lemahnya sesuatu qaul atau wajah. Di antaranya ialah:
i) قيل كذا: satu pendapat daif, lawan bagi sahih atau asah.
ii) فى وجه كذا: pendapat daif bagi ulama syafie.
iii)فى قول كذا: Maka lawannya adalah yang rajih menurut pendapat Imam Syafie.
iv) روى: lafaz ini digunakan pada sanad hadis, menunjukkan lemahnya hadis.
15. Tariqat Iraq dan Tariqat Khurasan: Kedua-dua merupakan tarikat (jalan) pada mazhab Imam Syafie. Kedua-duanya tersebar pada kurun ke 4 dan ke 5 hijrah. Kemudian para ulama menghimpunkan kedua-duanya serta dijadikan bahan sejarah.
Tariqat Iraq: Diketuai oleh Abi Hamid Al-Isfirayini (406H) merupakan Syeikhul Iraqin. Berakhir kepimpinannya di dalam mazhab syafie di Baghdad diikuti ramai ulama yang tidak terkira, di antaranya: Mawardi (450H), Qadi Abu Tayyib At-Tobari (450H), Abu Ali Al-Bandaniji (425H), Al-Muhamili Ahmad bin Muhammad (415H), Sulaim Ar-Razi (447H), Syeikh Abu Ishaq As-Syirazi (476H), dan mereka yang mengikut tarikat di dalam menghasilkan furu’ serta dikenali dengan tariqat Iraq.
Tariqat Khurasan: Diketuai oleh Qaffal As-Saghir Al-Maruzi, Abdullah ibn Ahmad (417H) merupakan ketua Khurasan dan syeikh mereka. Diikuti oleh sebilangan ulama yang tidak kira jumlahnya seperti: Syeikh Abu Muhammad Al-Juwaini (438H) ayah kepada Imam Haramain, Al-Faurani (461H) pengarang kitab Al-Ibanah, Qadi Hussain Al-Maruzi (462H) pengarang kitab Takliqat, Abu Ali As-Sinji (430H), Al-Mas ‘udi Muhammad bin Abdullah (420H).
Kemudian munculnya para ulama yang menghimpunkan di antara kedua-dua tariqat ini diantaranya: Ar-Ruyani (452H), Ibn Sobagh Abdus Sayyid Ibn Muhammad (477H), Abu Bakar As-Syashi (505H) pengarang kitab Hilyatul Ulama, Al-Mutawali Abdur Rahman Ibn Makmun (478H), Imam Haramain Al-Juwaini Abdul Malik Ibn Yusuf (478H), Hujjatul Islam Al-Ghazali (505H), tetapi Ibn Subki berkata: bahawa Abu Ali As-Sinji (430H) merupakan orang yang pertama yang menghimpunkan di antara dua tariqat ini walaupun beliau dari Khurasani.
Kemunculan para pengukuh mazhab seperti Imam Ar-Rafie (623H) dan Imam Nawawi (676H) menghimpunkan di antara dua tariqat di dalam mentarjih dan mentakhrij serta menentukan di antara keduanya menjadikan kedua-dua kitab mereka sebagai pegangan utama di dalam mazhab.
16. Istilah para ulama: Terdapat beberapa istilah bagi para ulama di dalam kitab-kitab fiqh di sisi mazhab Imam Syafie. Apabila terdapat perkataan (Syeikh), yang dikehendaki ialah Abu Ishaq As-Syirazi, manakala (Ail-Imam), yang dikehendaki ialah Imam haramain Al-Juwaini, manakala (Al-Qadi), yang dikehendaki ialah Qadi Hussain Al-Maruzi.

1 comment:
salam..istilah ni semua rujukannya diambil dari mana..saya hendak mengkaji...wassalam
Post a Comment